Dashboard | +Follow
Like A Paradise
Jodoh ♥
Saturday, June 9, 2012 • Saturday, June 09, 2012 • 0 comments


jodoh tuh rahsia Allah, maka kuserahkan perihal jodoh hanya kepadaNya

Allah dah janji semua orang ada jodohnya masing-masing.. of cos aku pun tak terkecuali.. 
tapi kan kenapa ramai orang terlalu obses bercinta dgn someone yang belum tentu jodoh diorang ?? 
tak takut kecewa ke ??
kata orang jodoh tuh kena dicari, tapi bagi aku jodoh tuh tak payah cari sebab nanti dia akan datang sendiri jugak.. yeah,aku percaya tuh !!

jujur dari hati, aku nak nanti dapat suami yang soleh supaya nanti kami dapat lahirkan anak-anak dan bina keluarga bahagia yang diredhai Allah didunia & akhirat.. itulah impianku..  aku tak perlu stalk lelaki soleh tapi yang penting sekarang, aku cuma perlu jadi sebaik baik baik baik baik baik perempuan sebab Allah dah kata lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik..  perempuan kan berasal dari tulung rusuk lelaki, so aku percaya sangat "dia" akan datang carik tulang rusuk dia sendiri.. insyaAllah 
♥

wahai jodohku, saya tak tahu awak siapa ? saya tak tahu awak kat mana ? tapi saya percaya awak sentiasa ada untuk saya, tak kat dunia pasti kat syurga Allah.. apa yang saya harap,awak akan jadi lelaki yang boleh bimbing saya untuk jadi wanita solehah dan insyaAllah saya akan berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk awak ♥


NO ♥ B4 NIKAH  

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Kupohon redhaMu, ya Allah
Sunday, June 3, 2012 • Sunday, June 03, 2012 • 0 comments

Kupohon redhaMu, ya Allah

sunyi + sepi hari around jam 3 pagi nie..
hmm tiba-tiba dadaku sebak sangat ya Allah.. menahan perasaan rindu, rindu yang amat sangat !! rindu terhadap diri Ulfa Juliah yang dulu :'(
ntah kenapa sekrang nie kan, hidup rasa kosong, kosong, kosoooongg sangat sangat ! maybe sebab takde liqa; kot... hmm aku terlalu rindukak liqa'.. now seolah-olah hidupku jauh sangat dariMu ya Allah.. airmata nie selalu sangat dengan tiba-tibanya jatuh and once airmata nie gugur automatically mindaku teringat Engkau, ya Allah.. and hatiku selalu tertanya-tanya :

ya Allah, Kau murka kat aku ke ya Allah ??

betapa aku rindu sangat ketenangan dan kekuatan yang pernah Kau anugerahkan padaku dulu,ya Allah.. sekarang nie aku dapat rasa seolah-olah imanku jatuh dan aku tak suka tuhh.. hmm ya Allah tolong bagi aku peluang untuk menjadi hambaMu yang beriman plus perempuan solehah yang Kau redhai sebab bila hidupku kosoooongg macam nie, baru aku faham betapa tak ternilainya erti kemanisan iman tuh..


Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milik-Mu
Kuhanya hamba-Mu yang berlumur dosa
*
Tunjukan aku jalan lurusku
Tuk menggapai surga-Mu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku
Karena kutahu Hanya Kau Tuhanku

Reff:
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Kumemuja-Mu di setiap waktu
Hanyalah pada-Mu tempatku beteduh
Memohon ridho dan ampunan-Mu 

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Pulau Besar, Melaka
Saturday, June 2, 2012 • Saturday, June 02, 2012 • 0 comments


based on the pic above, i think you can guess what i'm going to write in this entry.. kan ? kan ?
hihihi, okay tak payah meneka meyh sini saya cerita :)

26-29 mei 2012, baru je nak start cuti sekolahkan saya dah kena pergi camp.. serius tak berapa nak rela sebab masa tuh baru je habis exam.. tapi dengan izin Allah saya pegi jugak.. 
ya Allah, jauhnya Pulau Besar, Melaka tuh.. cramp nauzubillah kaki sebab duduk lama sangat dalam bas.. tapi yang owsemnya kan masa nak pegi pulau tuh kita org kena naik boat and that was my first time.. masa tuh dah senja tau, time kat tengah laut rasa sebak sangat dada nie, tanpa sedar airmata nie terjatuh sebab tengok kebesaran Allah.. and here the pic.. Subhanallah, cantikkan !! masa tuh terasa sangat sangat sangat keagungan Allah, La Ilahaillallah ♥

Camp kat pulau besar tuh memang best.. dapat tido dalam air, dapat panjat batu besar, mandi laut sambil dukung Imran, buat presentation.. but the most i hate was bila asyik kena marah je.. maybe i'm the one yang kuat tacing tapi Ya Rabbi saya memang paling pantang kena marah, tak kesah lah even alang kata manja or what but seriously i don't like.. heheheh, cerewatkan saya, tapi ada aku kesah ?? hahahhaha :D
paling tak boleh lupa bila 2 malam berturut-turut kena bertapa dalam hutan, tengah tengah malam pulak tuh..sorang sorang lagi... nah ! amik kaw... seramnya ya Allah !! tapi kan satu perubahan yang saya nampak dalam diri, saya dah tak penakut macam dulu and now dah berani stay up tengah tengah malam buta alone.. Alhamdulillah, and kata-kata cikgu megat still fresh in my mind :)

tapi apa pun kan, even fasi-fasi tuh marah marah kan... from the bottom of my heart, saya rindu dorang sebenarnyaaaaa... rindu sangat sangat !! Alhamdulillah FB ada so still can contact.. to all my beloved fasi, saya nak mintak maaf sangat sebab kan saya saya saya saya pernah bengang kat korang semua.. apa pun semoga kita jumpa lagi, insyaAllah :)





Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
kenapa sedekahku ditolak ??
• Saturday, June 02, 2012 • 0 comments

Mulianya tangan yang memberi tapi......

"Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi Allah tidak suka akan sedekah kita.Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah begitu sahaja. Kita jadi rugi.."
Kenapa sampai begitu sekali ?
Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ?
Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul ikhlas !
Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah.
Tahu apa buktinya ?
ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !!
1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan.
2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si    penerima.
3. Riya'.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga.
4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam)
Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ?
Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan?
Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih !
Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."[2:264]

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Sangka Baik ♥
Sunday, February 26, 2012 • Sunday, February 26, 2012 • 0 comments




♥ ‎jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.
ucapkanlah dalam hatimu: 
“mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia”.


♥ jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): 
“anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. 
Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”


♥ jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah (dalam hatimu):
”dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku.”


♥ jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): 
“orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh,mencapai kedudukan yang tidak 
akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak 
kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”


♥ jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):
”orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),sedangkan aku bermaksiat kepadaNya 
padahal aku mengetahui akibatnya.Aku tidak tahu agaimana akhir umurku
 dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripdaku.”

♥ jika bertemu dengan orang kafir,maka katakanlah(dalam hatimu):
”aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usia dia memeluk islam 
dan beramal soleh,dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku
 kufur dan berbuat buruk..”

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
i'm trying to redha ♥
Wednesday, February 22, 2012 • Wednesday, February 22, 2012 • 0 comments

Alhamdulillah, debate tadi berjalan lancar..
tapikan jauh disudut hati ana nie,
hmm rasa sedihh sangat
sebab tak dapat nak menangkan sekolah..
serius sedih, sebab team kita orang kalah..


tapi bila selidik balik, 
Allah nak tunjuk sesuatu kat kita orang
melalui kekalahan nie..
Allah tahu apa yang the best for us..
even hakikatnya kekalahn nie buat kami sedih..
tapi mesti ada hikmah disebalik semua nie..
apa apa pun, i'm trying to redha ♥
sebab apa yang Allah tentukan ada hikmahnya..

mungkin nie lah cara Allah nak tegur kami
supaya kami terus dan terus ingat kat Dia..
semoga dengan kekalahan nie,
hati kami akan lebih mencintai Allah.. insyaAllah :) ♥




Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Sedarlah Manusia !
Sunday, February 19, 2012 • Sunday, February 19, 2012 • 0 comments

semua manusia akan mati !
tapi kebanyakkan manusia macam tak pedulik
buktinya masih ramai yang buat maksiat..


sedarlah wahai hamba Allah..
ajal datang tanpa kita sedar..
mungkin kejap lagi kita mati.. sape tahu kan ??
kita takkan mampu halang tembok untuk runtuh,
kita tak dapat tahan air untuk tumpah,
kita takkan boleh tahan angin untuk bertiup..
for sure kita takkan mampu halang kehendak Allah..
janji Allah kita akan mati,
cuma tak tahu masanya bila..
jadi bersedialah !!




Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Happy Birthday Ya Rasulullah ♥
Sunday, February 5, 2012 • Sunday, February 05, 2012 • 0 comments

HAPPY BIRTHDAY YA RASULULLAH !
sejujurnyaa ana tak pernah rasa macam nie..
rasa excited plus sayuu sangat nak celebrate birthday Nabi Muhammad SAW..
kalau tahun tahun yang sebelum nie, ana buat tak tahu je bila sambut Maulidur Rasul..


ana mula rasa betapa ana sayangkan Rasulullah SAW sangat !
masa ana pegi liqo' minggu lepas.. Murabbi ana cerita pasal perjuangan dan
kasih sayang Rasulullah SAW untuk umat Baginda, Murabbi ana nangis.. masa tuh kan, ana rasa macam kerdiiiiiiill sangat ! dia sayang Nabi, tapi ana nie ?? :'(

even Baginda tak pernah jumpa kita, tapi Baginda terlalu sayangkan kita..
masa Baginda nak wafat pun, Baginda tetap carik kita jugak..
tapi kita ?? berapa kali sangatlahkan nak selawat kat Rasulullah SAW :'(
nampak sangat kita tak cintakan Baginda..

bergetar semua manusia bila Allah kata kat Padang Mahsyar nanti :

"wahai neraka Jahanam, hendaklah kamu seksa dengan berat hambaKu yang derhaka padaKu" 

semua nabi  berdoa untuk keselamatan diri sendiri tapi Nabi Muhammad SAW pulak berdoa 

"Aku tidak minta pada hari ini perlindungan untuk diriku tetapi yang aku mohon hari ini 
adalah untuk sekalian umatku.."

masyaAllah, sayangnyaa Rasulullah SAW kat kita :'(
Baginda sanggup doakan umatnya yang tak pernah nak ingat kat Baginda..
hmm ana teringin sangat nak jumpa Rasulullah SAW even sekajap sangat dalam mimpi pun,
hmm tapi bila fikir fikir balik, ramai lagi orang yang berganda ganda ganda beriman,
ramai lagii hafiz & hafizah kat luar sana yang berharap dapat jumpa
Nabi tapi hasrat tak kesampaian.. nie kan pulak ana yang iman tak kuat mana ? :'(







Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Love Nabi Muhammad SAW ♥
Sunday, January 29, 2012 • Sunday, January 29, 2012 • 0 comments

insyaAllah, tak lama lagi Nabi Muhammad SAW nak birthdayatau nama lainnya Maulidur Rasul.
jadi, jomm kita banyak banyakkan selawat keatas Baginda..
kita ikut sunnah baginda.. senoga dengan cara nie
insyaAllah kita dapat syafaat Baginda kat akhirat nanti.. insyaAllah :)



Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda

Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu diambil oleh malaikat
dengan izin Allah sampai ke kuburku. Maka Malaikat berkata "wahai Muhammad!, umatmu telah membaca selawat untuk engkau!" lalu kata Nabi SAW,  " sampaikan kepadanya dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya telah seharusnya bagimu mendapat syafaat dari ku (Nabi SAW).

Maka Malikat tadi terus naik ke atas Arasy dan berkata, "wahai Tuhanku, sesungguhnya manusia ini telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu. Maka Allah berfirman, " Sampaikan kepadanya dari Aku sepuluh selawat"

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Sultan Muhammad Al-Fateh
Wednesday, January 25, 2012 • Wednesday, January 25, 2012 • 0 comments

ana buat entry nie tepat tepat lepas habis baca buku Sultan Muhammad Al-Fateh.. Rasulullah SAW bersabda : kota Konstantinopel hanya akan jatuh pada pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.. terbuktilah Sultan Muhammad Al-Fateh nie pemimpin yang baik sebab beliau berjaya menakluk Kota Konstantinopel.. setiap kali berperang je kan, beliau sentiasa ikut cara Rasulullah SAW and paling ana kagum, apa pun yang beliau buat semuanyaa kerana Allah SWT.

masyaAllah, ana jatuh hati dengan akhlak beliau.. dia nie sultan yang tak suka di puji sebab beliau taknak jadi hamba Allah yang riak.. attitude Sultan Muhammad Al-Fateh nie muliaaaa sangat.. ana yakin beliau nie mesti hensem sangat sebab orang yang beriman nie insyaAllah hensem punya..plus, orang yang beriman nie kan, muka diaa sejuuuuk dan tenang je.. dan beliau berjaya 
menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya dipuncak gunung bukannya di ombak lautan.. for sure Sultan Muhammad Al-Fateh lagi hebat daripada Alexander The Great ! :D

paling ana kagum kan bila Sultan Muhammad Al-Fateh kata :
"Saya tidak tertarik dengan hiburan yang melalaikan . Kenikmatan bagi saya adalah apabila beramal ibadat, bukan melakukan maksiat"
kata kata nie beliau ucap masa umurnya baru 16 tahun.. semoga umat islam xpecially anak muda akan mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh.. insyaAllah :)


Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Ingat Allah tenang jiwa ♥
Saturday, January 14, 2012 • Saturday, January 14, 2012 • 0 comments

tadikan ana marah sangat sangat sangat !!! sampai adik ana,baby buat silap sikit je 
tapi ana marah dia teruk sangaaaaaaatt !!
tak tahu kenapa hati ana nie keras sangatt.. 
jarang ana marah macam tuh.. biasanya kalau marah,
ana ketap gigi sambil diam, kalau dah 
marah sangat pun biasanya ana nangis.. tapi tadi ?? masyaAllah teruknyaaa..



sekali tuh ada ana si Julaeha suruh ana pegi solat..
tak tahu kenapa hati keraaaaass sangat ! 
tapi ana pegi jugak solat sebab ana tak solat zohor lagi.. masa tadah tangan untuk doa,
hati ana rasa macam sayuuuuu sangat ! tapi airmata tetap tak jatuh.. 
lepas solat insyaAllah ana akan baca Quran sebab wasiat Ustaz Adli kita orang 
kena baca 10 muka surat Al-Quran sehari.. 

masa ana bukak je Al-Quran kat tangan ana kan, automatically jatuh airmata.. 
non-stop airmata mengalir.. teringat balik detik masa ana marah adik ana tuh.. 
ya Allah ! rasa berdosaaa sangat sangat sangat sangat !! tapi dalam tangisan tuh,
hati ana rasa tenang sangaaaaaaaaaatt !!
memang betul kata Allah "hanya dengan mengingat Allah, hati akan jadi tenang" 
maaf kalau kawan kawan menyampah.. tapi sumpah demi Allah 
ana takde niat nak menunjuk atau mintak perhatian.. 
ana cuma kongsi semoga kita dapat manfaat bersama.. insyaAllah..

wahai sahabat mulia akhlaknya, jadilah kita generasi Al-Quran dan 
jadi hamba yang sentiasa ingat padaNya.. insyaAllah :)♥

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Islam is The Best Way of Life ♥
• Saturday, January 14, 2012 • 0 comments

masa kat bas ana nak pegi sekolah.. ada pakcik india nie duduk sebelah ana..
dia tanya "itu Al-Quran ke ??" then dia tunjuk buku yang ana pegang masa tuh.. 
masa tuh ana pegang buku yang tajuknya "sembuhkan dirimu dengan Al-Quran"..
pastuh ana keluarkan Al-Quran dalam beg, 
then ana cakap kat pakcik tuh "nie baru Al-Quran namanya".. 
pakcik tuh ada kata : 

"saya selalu dengar pasal Islam kat radio tamil bila pagi dengan petang" J


masyaAllah terharunyaa ana dengar bila orang bukan islam tertarik dgn Ilmu Islam.. 
rasa mcm kenapalah umat islam sendiri jarang yang tertarik nak mendalami ilmu islam 
padahal orang yang buka islam tuh, yang tak tahu apa apa pasal islam 
lebih tertarik dengan ilmu islam.. hmm L



pakcik India tuh ada cakap :


"Nabi kamu ajar jgn minum arak,jgn merokok.. tapi kenapa byk anak muda mcm kamu 
yang pegi sekolah almost 50% minum arak dan merokok??" 

ana terdiam lepas dia tanya tuh.. YA ALLAH ! serius malu sgt !!..tapi ana jawab :

"agama kami memang ajar macam tuh tapi manusia nie ada pendapat dia sendiri 
jadi kebanyakkannya lebih prefer untuk ikut pendapat dorang tuh walaupun dilarang.." 

pakcik tuh senyum and dia angguk .. semoga Allah bukak pintu hati pakcik tuh untuk peluk islam..
 sama sama kita doakan.. insyaAllah J♥

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
I Love My Parents
Wednesday, January 11, 2012 • Wednesday, January 11, 2012 • 0 comments


tadi ana tak pegi sekolah sebab nak pegi amik IC kat JPN
alhamdulillah dah amik dah pun, tapi ana belajar satu benda berharga hari nie,

sebenarnya ana nie memang type hamba Allah yang tak pandai diam mulutnya..
asyik nak bertanyaaaaa je.. 
ana tanya ibu pasal Science, pasal Indonesia, pasal orang Bangladesh, pasal Masjid Crystal, 
pasal Cikgu, pasal Kahwin and banyak lagi.
tapi ada satu pertanyaan ana yang buat ibu cerita semua pahit manis dia jaga ana.
masyaAllah, nak jatuh airmata ana duduk kat sebelah seat pemandu tuh
tapi ana tunduk cover sebab taknak ibu tengok..
ya Allah ! ana sedar masyaAllah betapa sangat amat sungguh besar pengorbanan ibu kat anak dia..
masa turun kereta ana peluk ibu 3 kali.. ana nampak airmata ibu dah nak jatuh..
ana pun sebak sangat.. baru ana realize parents kita nie teramat sangat sangat mulia..



tau tak, semua ibu sanggup susah payah untuk kita anak anak dia..
tapi pernah tak kita hargai parents kita ??
cuba duduk dengan bertiga dgn mak ayah kita.. lepastuh kan tanya dorang pahit manis pengalaman 
dorang besarkan kita.. masyaAllah,boleh jatuh airmata bila dengar pengorbanan mak ayah kita.. 
hargailah mak ayah kita,jaga hati dorang :') ♥


Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Cantik ke hati kita nie ??
Thursday, January 5, 2012 • Thursday, January 05, 2012 • 0 comments




‎(¯`♥´¯) .♥.•*¨`*♫♥~♥
´*.¸.•´♥~♥ HATI yg CANTIK....◠_◠

♥ Milikilah sebuah HATI yg TAK PERNAH MEMBENCI…

♥ Sebuah SENYUMAN yg TAK PERNAH PUDAR…


♥ Sebuah SENTUHAN yg TAK PERNAH MENYAKITI…


♥ Sebuah KEJUJURAN yg TAK PERNAH BERHENTI…


♥ Dan sebuah HATI yg MUDAH MEMAAFKAN…. (^_^)


~~ Ciri ~ ciri hati yg cantik, sudahkah kita memiliknya....?

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Happy New Year !!!
Sunday, January 1, 2012 • Sunday, January 01, 2012 • 0 comments



Alhamdulillah, it's already 2012
 hope our life will become better than before, insyaAllah :)
by the way, i would like to say


HAPPY NEW YEAR !!!

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Hamba Allah that I respect the most
Tuesday, December 27, 2011 • Tuesday, December 27, 2011 • 3 comments


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !! 

masa jam 11 lebih pm 26-12-2011, time tuh ana basuh pinggan tau.. sekali tuh entah macam mana ana terfikir pasal perubahan yang jadi dalam hidup ana nie.
dalam ana cuba nak jadi hamba Allah yang lebih baik, ada dua hamba Allah yang ana respect the most..dorang nie sama sama berhijrah dengan ana and seriously ana kagum sangat sangat kat dorang..

nie lah hamba Allah yang ana dok cerita kat atas tadi.. yang kanan tuh Rashdan Saadon dan yang kiri nie Faiz Aizamddin  :)

apa yang buat ana kagum sangat kat dorang nie ??

Rashdan Saadon
dulu kan ana rapat sangat sangat sangat ! dengan si Adan nie.. dah macam adik beradik, tapi sekarang dah tak macam tuh dah.. nak tahu kenapa ?? sebabnyaa perbuatan rapat rapat nie boleh buat Allah murka "Surah Al-Israk : ayat 32".. dulu dia nie pun gila gila jugak tapi sekarang masyaAllah sejuuuukk je hati bila pandang muka dia.. paling ana kagum, cuma sebab dia nak kejar cinta Allah, dia mintak putus dengan makwe dia.. masyaAllah hebat kan ?? ana percaya sikiiiiiitt sangat lelaki yang mampu buat macam tuh and kalau kat wall dia tuh, dah jadi macam medan dakwah sebab semua status pasal Islam,, hebatkan dia ?? that's why ana kagummm gilaaa dgn dia nie :)

Faiz Aizamddin
okay, Faiz nie kawan dunia akhirat Adan <---- Adan sendiri yang cakap :)
ana pun kagum sangat dengan dia nie !! Faiz nie kisah dia masa muda muda time zaman jahilliyah dia dulu lagi dasyat !! insyaAllah orang yang dengar cerita hidup dia dulu susah nak percaya dan masa mula mula dengar tuh ana sendiri terkejut sangat..tapi sekarang, sejuuuuuukk je hati bila pandang muka dia dan ana ingat lagi kat Liqo' dia merayu suruh kita orang belajar Qiam and buat Solat Tahajjud.. dia nak sangat kita orang rasa apa yang dia rasa lepas dia berubah dan sejujurnya ana dah rasa apa yang dia maksudkan tuh that's why ana tak pernah menyesal dengan penghijaraan ana nie.. kat FB, dia pun sama macam Adan.. Dakwahhh je lah kerjanyaa.. sekarang nie dia bantu ana untuk mendalami Sunnah Rasulullah SAW..insyaAllah  :)

honestly, ana memang nak sangat jadi macam dorang, kat mana dorang berada insyaAllah korang akan nampak Al-Quran ada sekali.. dorang nie lah penghuni setia masjid asy-syarif meru dan dorang pendamping setia Ustaz Adli..ana tak admire dorang pun tapi serius ana cakap, kalau nak carik suami, carik yang type macam dorang nie sebab dorang nie memang layak sangat dapat title PEMUDA MASJID.. kalau students 16 tahun sebok berCouple, dorang nie sebok kat masjid.. semoga makin banyak hamba Allah yang akan ikut jejak langkah 2 Pemuda yang masih sangat Muda nie,insyaAllah.. :)

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
vogue ke macam tuh ?
Monday, December 26, 2011 • Monday, December 26, 2011 • 0 comments



** Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM **

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.
Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.
Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni :

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah..

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.."

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
the amazing of Mathematics
Friday, December 23, 2011 • Friday, December 23, 2011 • 1 comments

Keindahan matematik



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
Berubahlah sebab Allah
• Friday, December 23, 2011 • 0 comments


percaya tak kadang kadang kita nak berubah sebab seseorang, maybe sebab kita sayangkan dia and kita nak nampak perfect kat mata dia.. betul tak ?? jangan wahai hamba Allah ! JANGAN !! Tapi berubahlah kerana Allah dan Rasul!

Semua orang yang ada niat nak berubah, mesti terdetik perasaan tuh sebab sesuatu yang berlaku dalam hidupnya. Perubahan kerana sesuatu yang berbeza-beza bagi setiap orang dan at the last hasil perubahan tuh pun berbeza jugak

Berubah bila Allah duga dengan kesakitan or mungkin meragut nyawa seseorang, berubah kerana melihat sahabat yang kini sudah jauh berjaya,berubah sebab yang tersayang kata dia tidak suka itu dan ini, berubah kerana macam-macam lagi.

Yup, bila kita lihat sekali lalu, perubahan-perubahan itu lebih bersifat dunia. Kerana perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, kita perlu berubah. Tapi atas dasar apakah kita berubah di dunia?

Kata Ustaz Pahrol Juoi, kejarlah dunia untuk akhirat! Ya, tidak salah kalau dalam proses perubahan, kita sibuk mencari keduniaan, tetapi letaklah matlamat akhir perubahan kita itu di akhirat. Bukan cukup setakat kejayaan di dunia, tetapi juga kejayaan di akhirat kelak, itu yang paling utama.

nak tengok tahap iman kita ? nak tengok siapa diri kita ? nak tengok perubahan kita ke arah mana, sama ada kebaikan atau keburukan ? senang je, tengok dengan siapa kita berkawan :)



Jangan berubah kerana manusia, sebab manusia nie milik Allah, manusia akan mati... tapi berubahlah kerana Tuhan manusia that is Allah SWT, percayalah kita takkan pernah kecewa dengan cintaNya. Insya'Allah...


sayangkan bunga.. akan layuu..
sayangkan manusia.. akan mati..
sayangkan Allah.. itulah cinta abadi yang sejati <3 :)

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤
orang hina disisi Allah
Wednesday, December 21, 2011 • Wednesday, December 21, 2011 • 0 comments


Antara Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
5. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
6. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
7. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

8. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
9. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
10. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
11. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

12. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
13. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliaupengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulamaTurkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Allahuakbar !! Allah takkan biarkan manusia sejahat itu terlepas dari seksaanNya.. 
so, jangan jadi mcm manusia terkutuk tuh
berimanlahh kepada Allah :)




Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤



•
❀ Tujuan Hidup ❀

ana ❤ Allah & Rasulullah

❀ Tujuan Hidup ❀

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu


Surah Az-Zaariyat : ayat 56


❀ Kotak Jerit ❀





❀ Like ! Like ! Like ! ❀




❀ Back to past ❀



❀ Credits ❀


Template : Aulia Septiya
Edited : Ulfa Juliah
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google