Dashboard | +Follow
Like A Paradise
kenapa sedekahku ditolak ??
Saturday, June 2, 2012 • Saturday, June 02, 2012 • 0 comments

Mulianya tangan yang memberi tapi......

"Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi Allah tidak suka akan sedekah kita.Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah begitu sahaja. Kita jadi rugi.."
Kenapa sampai begitu sekali ?
Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ?
Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul ikhlas !
Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah.
Tahu apa buktinya ?
ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !!
1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan.
2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si    penerima.
3. Riya'.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga.
4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam)
Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ?
Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan?
Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih !
Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."[2:264]

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤



❀ Tujuan Hidup ❀

ana ❤ Allah & Rasulullah

❀ Tujuan Hidup ❀

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu


Surah Az-Zaariyat : ayat 56


❀ Kotak Jerit ❀





❀ Like ! Like ! Like ! ❀




❀ Back to past ❀



❀ Credits ❀


Template : Aulia Septiya
Edited : Ulfa Juliah
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google