Dashboard | +Follow
Like A Paradise
meneroka kehebatan Al-Quran melalui teropong Science
Saturday, November 19, 2011 • Saturday, November 19, 2011 • 0 comments




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

kali nie ana nak mengajak pembaca untuk meneroka kehebatan Al-Quran melalui teropong Science..
kita tahu sebelum kita lahir kat dunia nie, Allah tempatkan kita kat dalam rahim mak kita.. tapi tahu tak rupa bentuk kita masa sebelum jadi baby ?? tahu tak proses apa yang kita dah hadapi sebelum kita jadi manusia ?? okay,ana nak share berkaitan proses kejadian baby masa dalam perut mak kita :)

kita nie terhasil daripada gabungan sperm(benih ayah kita) + ovum(benih mak kita).. then,gabungan nie menjalani proses fertilisation.. lepas proses fertilisation nie,so bermulalah proses proses kejadian baby dari satu tahap ke tahap yang lain.. dan proses yang berperingkat peringkat nie Allah ada nyatakan dalam Surah Nuh : ayat 14 "padahal Dia menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian"

1) masa peringkat yang awal sekali,baby nie kena panggil sebagai embryo. lepas ovum n sperm bercantum, embryo akan berubah menjadi alaqah.. Allah kata dalam sedikit kenyataan Surah Al-Mukminun : ayat 14 "kemudian daripada nutfah Kami jadikan alaqah" .. dalam kes nie kita samakan nutfah dengan embryo sebab Allah kata dalam surah Al-Insan : ayat 2 bahawa nutfah yang diperlukan masa proses kejadian bayi iaitu nutfah yang bercampur atau lebih scientific lagi nutfah amsyaaj.. so,kalau mengikut kajian science nutfah yang bercampur tuh ialah embryo sebab emryo hasil daripada gabungan sperm and ovum.

2) sedikit kenyataan Surah Al-Mukminun : ayat 14 "kemudian daripada nutfah Kami jadikan alaqah"
so,lepas embryo.. peringkat seterusnya ialah Alaqah.. menurut bahasa arab,Alaqah nie ialahsegumpal darah, suatu yang melekat dan lintah. menurut kajian science,masa embryo berusia 2 minggu, ia menyerupai lintah yang lebih kurang 0.6mm n bergantung/melekat di rahim ibu juga dikenali sebagai endometrium. cuba fikir,hebatkan kitab yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebijik sama statement dalam Al-Quran dengan kajian science sekarang.. padahal,Rasulullah SAW nie bukannya pandai membaca n menulis.

3) sedikit kenyataan Surah Al-Mukminun : ayat 14 "kemudian daripada alaqah Kami jadikan Mudghah"
Imam Qartubi dalam al-jamik li Akhmail Quran mentafsirkan mudghah sebagai daging yang sedikit yang sebahagian daripadanya telah dikunyah. menurut ilmu embriology,macam tuh lah rupa embryo masa lebih kurang 4 minggu sebab sel sel somites nie serupa macam tanda tanda gigitan sebijik macam daging yang dikunyah.. somites nie akan bertukar menjadi tulang belakang atau vertebrae.

4) lepas mudghah.. embryo nie akan berubah macam bentuk yang dah Allah kata dalam sedikit kenyataan dalam Surah Al-Haj : ayat 5 "kemudian jadilah kamu mudghah yang sempurna dan yang tidak sempurna kejadiannya".. ayat Allah ni sangat mengagumkan sebab macam mana seorang manusia yang hidup 1400 tahun lebih dulu,iaitu nabi Muhammad SAW boleh membawa statement yang sangat detail nie sebijik sama macam penemuan kajian pakar embriology yang mengatakan bahawa sel sel di peringkat mudghah nie ada 2 kejadian iaitu sel yang dah sempurna dan sel yang belum terbentuk dengan sempurna. according to Profesor Keith Moore,dalam ilmu embrology sel sel nie dikenali sebagai differentiated and undifferentiated tissues.

5) then,embryo akan di balut dengan tulang dan daging sama macam firman Allah dalam sedikit kenyataan dalam surah Al-Mukminun : ayat 14 " kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging"
dalam ilmu embriology, tulang atau cartilage akan jadi dulu baru lepas tuh kejadian daging atau muscles atau flesh.. ia terjadi daripada sel sel awal yang kta panggil as somatic mesoderm..

6) lepas proses number 5 tadi,menurut science berubahlah embryo tuh berubah kepada bentuk yang lain sebijik sama dengan ayat Allah dalam sedikit kenyataan dalam surah Al-Mukminun : ayat 14 "kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, pencipta paling baik".. maksud ayat nie lepas embryo tuh dah di balut dengan tulang dan daging,embryo tuh dah tak rupa macam bentuk lintah,segumpal darah atau daging yang di kunyah tapi embryo tuh bertukar kepada bentuk yang ada rupa manusia.. perubahan nie berlaku masa embryo lebih kurang 40 hari.. dan bila sampai lebih kurang 40 hari nie.. kita dah tak panggil embryo lagi dah tapi kita panggil foetus.

7) foetus nie dah rupa macam manusia yang wujudnya kepala yang dah terpisah daripada badan. Allah kata dalam surah as-sajdah : ayat 9 "kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan af-idah(hati) dan sedikit sekali kamu bersyukur".. sekali lagi ayat Allah menyerupai kajian science semasa sebab dalam peringkat nie lah special senses start terbentuk bermula daripada telinga lepastuh mata dan akhirnya otak..  Profesor Keith Moore,Ph.D., F.I.A.C dari Department of Anatomy, University of Toronto, Kanada sendiri mengesahkan yang statement Al-Quran nie mengagumkan sebab selari dengan penemuan science semasa :)

Subhanallah, hebatkan kuasa Allah.. hebatnyaa Al-Quran,kitab yang dah beribu tahun dulu diturunkan boleh terangkan secara specific sebijik macam penemuan science.. padahal kajian science nie guna alat teknologi canggih di zaman moden.. tapi Al-Quran dahlah di turunkan kat zaman serba jahil lagi kuno di bawak oleh Rasulullah SAW yang buta huruf.. takkan lah kita tak boleh fikir keajaiban Allah kat situ.. so,jomm kita kembali ke jalan Allah,ikut life style Rasulullah SAW and berpegang teguh dengan Al-Quran kita suci kita... insyaAllah kita takkan sesat dunia dan akhirat..
tiada keraguan bagi keagungan Allah SWT :)
 

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤



❀ Tujuan Hidup ❀

ana ❤ Allah & Rasulullah

❀ Tujuan Hidup ❀

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu


Surah Az-Zaariyat : ayat 56


❀ Kotak Jerit ❀





❀ Like ! Like ! Like ! ❀




❀ Back to past ❀



❀ Credits ❀


Template : Aulia Septiya
Edited : Ulfa Juliah
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google