Dashboard | +Follow
Like A Paradise
SOLAT TAHAJUD MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH :)
Friday, August 26, 2011 • Friday, August 26, 2011 • 0 comments

Firman Allah SWT:


“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)


Erti Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam.

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.


Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)

Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup
melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.

Niat :
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:
Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau surah2 lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.

Dan pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.




Fadillat atau faedah mengamalkannya:

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.




Wassalam :)

Cinta ALLAH, Cinta Abadi ❤



❀ Tujuan Hidup ❀

ana ❤ Allah & Rasulullah

❀ Tujuan Hidup ❀

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu


Surah Az-Zaariyat : ayat 56


❀ Kotak Jerit ❀





❀ Like ! Like ! Like ! ❀




❀ Back to past ❀



❀ Credits ❀


Template : Aulia Septiya
Edited : Ulfa Juliah
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google